Tuesday, December 23, 2008

Masjidku Syurgaku

Assalamualaikum. Semalam aku menonton Buletin Utama dan melihat reaksi Dato' Nik Aziz terhadap penolakan usul hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Aku tidak akan memberi apa2 komen tentang perkara tersebut. Ianya sesuatu yang amat sensitif dan padaku, ilmuku belum cukup untuk mempersoal penolakan usul tersebut.

Apa yang menarik perhatian aku sebenarnya ialah reaksi Dato' Nik Aziz sendiri. Beliau (beliau okay, bukan baginda!) membandingkan pelaksanaan hudud dengan kewajiban bersolat. Tetapi tampak perasaan marah di wajah beliau. Aku tertanya-tanya. Mengapa perlu beliau merasa marah? Bukankah beliau sendiri telah bersetuju untuk menjalin hubungan PAS dan DAP, dan apa2 keputusan perlu dipersetujui bersama?

Apakah beliau sudah nampak bahawa DAP dan PAS tidak mungkin dapat sehaluan? Apakah beliau sedar akan kesilapan jalinan PAS dan DAP pada pilihanraya yang lepas? Aku percaya bahawa beliau sudahpun menyesal dengan tindakan tersebut. Padaku, Dato' Nik Aziz hanyalah seorang ahli politik yang biasa. Apa yang membezakan beliau dengan yang lain ialah ilmu agama beliau agak tinggi.

Agak tinggi, berbanding ahli politik lain maksudku. Aku tidak suka cara beliau bercakap. Seolah-olah semua yang lain salah dan beliau sahaja yang betul. Ada sekali beliau mengkritik pembinaan masjid yang megah permai di Malaysia. Katanya, itu membazir. Terangkan kepada kami, adakah perbuatan Raja Abdullah (di Arab Saudi) adalah membazir untuk membelanjakan berbilion dolar untuk mengubahsuai seluruh Mekah? 

Ingatkah kita semua akan tanda2 kiamat sudah menghampiri? Salah satu daripadanya ialah rumah kediaman lebih indah daripada masjid. Mengapa itu tandanya? Jika rumah lebih selesa daripada masjid, maka orang akan lebih kerap bersolat di rumah berbanding di masjid. Bukankah bersolat di masjid wajib? Maka dengan demikian, mengikut firasatku, kerajaan cuba membuatkan masjid lebih selesa kepada rakyat, supaya lebih ramai yang akan bersolat di masjid.

Telah banyak masjid yang aku pernah singgah. Baik yang daif mahupun indah, di dalam negara mahupun luar. Namun, aku amat berbangga kerana di Malaysia, masih ada yang mengimarahkan rumah Allah. Di luar, ada yang hanya menggunakan bangunan lama untuk dijadikan tempat bersolat. Tidakkah kita bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita? 

Aku bukan apa, cuma mahu kita semua berfikir. Dato' Nik Aziz perlulah memperbaiki cara beliau berdakwah jika beliau mahu lebih ramai lagi yang melihat keindahan Islam. Sindiran tidak akan membawa siapa pun kemana-mana. Rasulullah berdakwah dengan penuh sabar, dan dengan muka yang sangat bersih mulia. Dimanakah dakwaan yang beliau mencontohi Rasulullah?

No comments: