Mengapa kerajaan perlu dikritik sepanjang masa? Soalan ini perlu diajukan kepada setiap penduduk dunia. Di dalam kehidupan, tiada yang sempurna kecuali Tuhan. Apa yang dirancang, dijalankan tidak dapat menandingi sistem kerajaan Allah. Maka, apabila terdapat beberapa kecacatan pada sesebuah institusi manusia, ianya bukanlah sesuatu yang pelik. Maka kritikan sepatutnya diajukan agar kita sedar akan kesilapan kita, lantas perbaikinya.
UMNO, sebuah institusi politik yang telah diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar, kini bergelut dengan beberapa masalah. Aku akui, masalahnya bukan calang-calang. Menambahkan kerumitan lagi, beberapa tahun belakangan ini banyak pula parti komponen Barisan Nasional yang mempersoal kedudukan mereka dan bangsa yang mereka wakili dalam pakatan kerajaan tersebut. MIC contohnya menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada kaum India. Dalam sebulan yang lepas, ada pula pemimpin MCA yang tidak menerima konsep ketuanan Melayu dalam kerajaan Malaysia.
Ini menyebabkan segolongan rakyat berasa gusar dan ragu terhadap kredibiliti kerajaan BN yang telah memerintah Malaysia selama hampir 52 tahun. Tetapi, mahukah kita melihat dari perspektif Pakatan Rakyat pula?
KeADILan, merupakan parti yang lahir atas usaha Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Memang perlu diberi pujian, idea Anwar mencantumkan PKR, DAP dan PAS adalah sebuah kejayaan besar bagi pakatan pembangkang. Namun beberapa bulan selepas Pakatan Rakyat ditubuhkan, telah timbul isu-isu yang agak memeranjatkan. Rasuah, sebagai contoh telah berleluasa dalam kalangan wakil rakyat pembangkang sendiri. Percanggahan fahaman antara DAP dan PAS juga menjadi isu hangat belakangan ini berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud. Anwar pula, dengan sikap acuh tak acuhnya, sering berjanji kosong kepada rakyat yang dia akan dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, sambil memberi tarikh2 yang agak simbolik bagi Malaysia sebagai deadline.
Aku melihat semua benda dari pelbagai sudut. Tidak perlu dinyatakan di sini pihak manakah yang aku pertahankan kerana jelas, keduanya mempunyai masalah. Cukup untuk aku beritahu yang aku manusia tahu mengenang budi. Bak kata pepatah inggeris,
I will never bite the hands that fed me.
Kita perlu fikir akan semua implikasi daripada perbuatan kita. Pilihan kita pada hari ini mungkin akan menjejaskan masa depan generasi akan datang, anak-anak kita juga. Masih belum terlambat untuk kita berfikir, tetapi seperti taubat, pintu peluang juga akan tertutup satu hari nanti, dan kita akan terperangkap dengan pilihan kita sendiri.
No comments:
Post a Comment