Benar, Tentera Berdarah itu telah menelan berjuta insan, tetapi dia berdegil. Hatinya mengatakan pejuangnya telah bersedia. Namun lihat apa yang terjadi kini? Mayat bergelimpangan tanda kelemahan. Semuanya hancur bilamana tsunami keegoan menghambat tebing harapan. Apakah yang akan terjadi selepas semua ini? Ketidakpastian pula muncul biarpun sedih belum lagi pergi.
Apa yang pasti, dia tetap akan bergerak. Tentera yang digeruni ramai akan ditentang sekali lagi, dan lagi, dan lagi. Sehingga suatu masa nanti, tatkala dirinya sendiri jatuh bersama, dia akan berhenti. Lelah akhirnya akan dibalas dengan kemenangan walaupun dia tahu, tiada siapa yang bergelar wira dalam pertempuran ini. Hanya bermain di sudut hati, bilakah hari itu akan tiba, membawanya ke puncak dunia.
Sheesh, I better stick to English. My malay poetry sucks!
No comments:
Post a Comment