Wednesday, August 19, 2009

Of Kucing, Ayam And Itik.

Pada suatu hari, Ayam berjumpa dengan Itik untuk mengadu tentang rakannya, Kucing. Kucing telah melukakan hati Ayam dengan berkata bahawa dia tidak sudi berkawan dengan Ayam lagi. Katanya, Ayam mempunyai agenda yang tersendiri untuk berkawan dengan Kucing.

Itik bertanya dengan Ayam, mengapakah Ayam masih tersenyum dengan si Kucing, walaupun dia pada hari sebelumnya telah melukai hati si Ayam. Ayam menjawab, Kucing itu ialah kawannya. Walaupun dia telah melakukan sesuatu yang tidak disenangi Ayam, ikatan persahabatan lebih erat dari segala apa yang terdapat di dunia ini, selain kekeluargaan.

Itik bertanya lagi, jika begitu mengapakah Ayam bersedih dengan apa yang Kucing lakukan walaupun Kucing hanya menyerkap jarang? Ayam menjawab, Kucing berhak untuk berfikir begitu. Tetapi hakikat bahawa persahabatan Ayam itu dipersoal membuatkan Ayam terfikir sebentar.

Sehingga kini, Kucing dan Ayam bersahabat baik. Lebih baik dari yang seterusnya kerana keduanya memahami bahawa nilai persahabatan lebih tinggi dari segala yang lain. Sekiranya ada yang mahu memisahkan, Ayam dan Kucing pasti, mereka akan tetap bersahabat. Tiada agenda di belakang. Kerana mereka tahu, ketidakjujuran tidak membawa ke mana.

Understand? ;) To all my friends, cheers. Thanks yeah!!! Love you guys.

No comments: