Sunday, August 30, 2009

Pabila Alasan Mudah Dicari



Berita dari Abu Hurairah RA mengatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan ‘Isya. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjamaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkak.” Sesungguhnya saya ingin menyuruh seseorang azan dan qamat, kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat berjamaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh (obor), lalu ku bakar orang-orang yang tidak datang solat (berjamaah).”

Dari ayat kat atas, aku teringat masa part one dulu, lecturer CTU aku ada cakap. Dia seronok tengok pak Arab sebab diorang memang sangat beratkan solat kat masjid. Bawak kereta Mini Cooper yang baru tu. And then pakai baju seluar londeh semua. Tapi bila azan, cepat2 pergi masjid. Solat berjemaah. See, orang lain, tengah2 buat kerja pun boleh berhenti solat, sebab memberatkan solat di masjid.

Orang Melayu, sangat2 rigid sebenarnya. Kalau kotor sikit pun tak boleh. Kena betul2 pasti yang tempat tu suci daripada kekotoran baru nak solat. Nak bagitau sikit okay. Kalau itulah kriteria dia, memang tak solat lah korang. Dr Kamarulzaman (lecturer CTU semasa) pernah cakap, dia pergi Beijing, solat kat airport je. Bersih sangat ke airport Beijing? Sama je rasenye dengan tempat2 lain. Tapi, tanggungjawab punya pasal, tak kesah okay.

Lepas tu, pasal kiblat. Teringat dulu nenek aku tanya aku mana arah kiblat masa kat rumah lama.

'Ala nek, sembahyang je hala mana pun. Asalkan jadi.'

Ha3 bila teringat, kelakar okay. Yela, budak2.. Mana faham ape2. Tapi sebenarnya, itulah hakikat. Sebab kalau nak mencari sampai tak sudah solat tu ha. Like my dad said, orang Melayu ni, lagi rela tak buat daripada was2. Ape nak jadi tu. Haish.. Allah tu tak kejam.. Aku percaya, kalau kita memang berusaha untuk mencari keredhaan Dia, insyaAllah Dia pun akan beri kita ganjaran yang setimpal dengan usaha.

Semalam solat Isya' dengan terawikh kat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Lawa sungguh. Hu3 Design yang sangat moden. Pagi tadi solat Subuh kat Masjid Wilayah. Contrast sebab design Masjid Wilayah sangat klasik.







Pandangan kubah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Allah di puncak.



Mimbar. Terukir 2 baris Surah Albaqarah di sebelah kanan dan Surah Ibrahim di kiri.




Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.

Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan meneyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenisKhat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ ayat ke-80.

Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.

[Wikipedia]


No comments: